Sunday, 14 September 2008

Apakah Kita Terlupa

‘Sujudlah Kepada NYA’

Terlupakah.....asal kejadian

Sama-sama saksikan sejenak

Nun....kala di ufuk Barat.

Menyusur lalu terang mentari

Rembang petang beransur pergi

Berlabuh tirai kegelapan malam

Pentas alam terbenam sunyi

Apabila fajar menyingsing kembali

Di ufuk Timur...esoknya terbit lagi.

Terlupakah.....kepada penciptanya

Untuk menadah tangan menyukuri

Rahmat NYA.....

Terlupakah.....asal kejadian

Sama-sama luaskan minda seketika

Nun.....Tika tirai pentas alam menyingkap

Pelbagai rupa, watak dan jantina

Ciptaan NYA.....

Menghidupkan warna-warna penghidupan

Dipentas alam sementara.

Terlupakah.....kepada penciptanya.

Untuk sujud tanda menginsafi

Qada’ dan Qadar NYA.....

Terlupakah.....asal kejadian

Sama-sama menyesali diri

Percayalah dan yakinlah

Wujud NYA.....

Usah diragui yang pasti hidup akan mati

Segala perbuatan ada pembalasan

Di Alam lain yang dijanjikan

Terlupakah.....kepada penciptanya.

Sujud.....sujud dan sujudlah kepada NYA.

Maha Pencipta yang tidak dicipta.....




allahyarhamah Izatul Asmat

14 Julai 2002 bersamaan 14 Jamadilawal 1423 Hijrah



AL-FATIHAH.

No comments: