Bila purnama mengambang
sinarnya memberi salam
membelai malam penuh kelembutan
melimpah cahayanya merimbas alam
seri wajahnya tersenyum riang
tancapnya sungguh memukau mata
berahi hati sang perindu dan pujangga
yang saban hari memuji dan memuja
segala keindahan kurniaanNya.
Bila purnama mengambang
langit tidak lagi kontang
bintang-bintang bertaburan bergemerlapan
menghiasi angkasa malam
bagaikan sebuah pesta alam
dan... malam bagaikan bangkit dari lena
menemani purnama hingga ke fajar tiba.
Bila purnama mengambang
menghadirkan pelbagai cerita
membongkar segala rahsia disebaliknya
mengubat segala duka lara
meleraikan segala rindu dendam
memecah kebuntuan mengapai ilham
mengukir harapan pada sebuah penantian
memberi maksud dan makna dalam pencarian.
Bila purnama mengambang
malam tidak lagi pincang langit tidak lagi muram
sepi tidak lagi bertandang
pungguk tidak lagi kerinduan di ranting usang
lorong-lorong tidak lagi berbalam suram
pantai-pantai terpalit keindahan menakjubkan.
Bila purnama mengambang
seri terpancar di hati uda dan dara
lantas sempat hadirkan peluang untuk melafazkan rindu dan sayang
yang telah lama terpendam
dikirim pada bayu malam yang berpuput riang
moga tertunas harapan mengharap kasih kekal berpanjangan.
Bila purnama mengambang
Segala kegelapan bagaikan direguk pergi
Setelah keindahan merampas takhta
Namun... itu juga hanya sementara
tiba masa dan ketika pasti semuanya pulang semula
kerana sudah tersurat takdir dan kehendakNya
untuk kita membuka mata mencari hikmah dan keramah
dalam kesamaran mencari jalan pulang.
*Hak cipta terpelihara azuki_119/2002

No comments:
Post a Comment